Isnin, 22 Jun 2009

IStilah CInTA

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja
yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi
malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu difahami.
Semestinya seorang remaja perlu
memahami kehendak dan definisi yang tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta
hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa
tertarik antara satu sama lain
cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk
Hakikat PercintaanDalam Islam,
rasa hati yang dinamakan cinta merupakan
satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap
insan baik muda mahupun tua.
Allah telah mengan ugerahkan manusia
naluri untuk meneruskan keturunan
(salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina)
atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia
dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untukmeneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembahdan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya
sudah fitrah manusia dan perkara ini
wajar dan tidakharam disisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tujuse terusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan m
eletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa
kasih sayang yang penuh rasa hormat,
tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan,
bermaruah dan ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan
sebagai cinta, maka hubungan sedemikian
sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu
aturanyang sistematik dan teratur
tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta
pada satu kedudukan yang bermaruah
dan bernilai baik bagipihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi
usia remaja dan adakalanya putus di tengahjalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini
lebih kepada konsep ala Barat yang
disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam
kerana cintayang dibina bermatlamat.
Kerana ingin mendapatkasih sayang tuhan,
manusia sedia berkongsi rasa
cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan
dankehidupan di dunia untuk
mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong
tetapi cinta yang punya pengertian
yang luhur dan hanyadapat dirasakan
dengan jiwa yang bersih yangsentiasa mencari tuhan

0 ulasan:

Catat Ulasan