Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja
yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi
malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu difahami.
Semestinya seorang remaja perlu memahami
kehendak dan definisi yangtepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik
antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat
PercintaanDalam Islam, rasa hati yang dinamakan
cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi
dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia
naluri untuk meneruskan keturunan
(salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina)
atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri
manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’
(naluri untukmeneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun
(naluri untuk menyembahdan beragama)
dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram disisi Islam.
Dalam keadaan ini,
manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa
kasih sayang yang penuh rasa hormat,
tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan,
bermaruah dan ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungansedemikian
sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan
satu aturan yang sistematik dan teratur
tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik
bagi pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja
dan adakalanya putus di tengah jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini
lebih kepada konsep ala Barat
yang disifatkan penuh romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam
kerana cintayang dibina bermatlamat.
Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan,
manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan
dan kehidupan di dunia
untuk mengejar sesuatu yangabadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong
tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur
dan hanya dapat dirasakan
dengan jiwa yang bersih
yang sentiasa mencari tuhan
Isnin, 22 Jun 2009
IStilAH ciNta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan